Drama Amsyar Episod 1 - Sebuah kisah kekeluargaan yang mencengkam emosi. Amsyar merupakan anak tunggal kepada Farid dan Arfah. Selepas pemergian ibu bapanya, tidak ada orang yang hendak menjaga dan mengurusnya. Apatah lagi, Amsyar seorang kanak-kanak yang masih muda dan masih bersekolah. Kini, dia sudah hilang tempat untuk berkasih sayang.

Drama Amsyar Lakonan Ben Laden – Episod 1

Lebih menyedihkan lagi, tidak ada pula yang hendak menerimanya termasuklah ahli keluarganya sendiri. Apabila hendak menumpang duduk di rumah bapa saudara atau ibu saudaranya ada sahaja yang tidak menyukainya. Adik beradik kepada arwah ayahnya cukup benci akan Amsyar.

Mereka bukan sahaja sering memarahinya, malah menderanya dan memukulnya semahu hati. Lain pula dengan Shahrul yang merupakan Pak Ngah kepada Amsyar. Shahrul sangat baik hati dan prihatin terhadap Amsyar.

Membariskan pelakon seperti Ben Ladin, Redza Rosli, Elly Mazlein, Nafiz Muaz, Hairi Safwan, Faralyna Idris dan ramai lagi. Drama arahan Murali Abdullah itu akan bersiaran mulai 27 Oktober 2016, setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di slot Azalea TV9 dan akan diulang tayang di TV3.

Episod Lain: Klik Sini



JUDUL : AMSYAR
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 27 Oktober 2016
HARI / MASA : Selasa-Ahad, 8.30 malam
SIARAN : Slot Azalea TV9
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Ben Ladin, Redza Rosli, Elly Mazlein, Nafiz Muaz, Hairi Safwan, Syuhada, Juedian Omar, Tatty Hassan, Sabhi Saddi, Faralyna Idris

WATAK PELAKON
Ben Ladin sebagai Amsyar
Redza Rosli sebagai Shahrul
Elly Mazlein sebagai Waheeda
Nafiz Muaz sebagai Hisyam
Hairi Safwan sebagai Azhar

LAGU TEMA / OST AMSYAR
Lagu : Percuma
Penyanyi : Sabhi Saddi

KOMEN ANDA: