Drama Amsyar Full Episod - Sebuah kisah kekeluargaan yang mencengkam emosi. Amsyar merupakan anak tunggal kepada Farid dan Arfah. Selepas pemergian ibu bapanya, tidak ada orang yang hendak menjaga dan mengurusnya. Apatah lagi, Amsyar seorang kanak-kanak yang masih muda dan masih bersekolah. Kini, dia sudah hilang tempat untuk berkasih sayang.

Drama Amsyar Lakonan Ben Laden – Full Episod

Lebih menyedihkan lagi, tidak ada pula yang hendak menerimanya termasuklah ahli keluarganya sendiri. Apabila hendak menumpang duduk di rumah bapa saudara atau ibu saudaranya ada sahaja yang tidak menyukainya. Adik beradik kepada arwah ayahnya cukup benci akan Amsyar.

Mereka bukan sahaja sering memarahinya, malah menderanya dan memukulnya semahu hati. Lain pula dengan Shahrul yang merupakan Pak Ngah kepada Amsyar. Shahrul sangat baik hati dan prihatin terhadap Amsyar.

Shahrul sangat kasihan melihat keadaan anak saudaranya yang tidak diperdulikan oleh ahli-ahli keluarganya yang lain. Tetapi, isteri Shahrul, Lia langsung tidak menyukainya dan menganggap dia adalah satu bebanan. Shahrul tidak sampai hati untuk menghantar anak saudaranya itu ke rumah anak-anak yatim.

Amsyar lebih rela menetap di Teratak Kasih iaitu rumah anak-anak yang kurang bernasib baik sepertinya kerana tidak ingin menyusahkan bapa saudaranya. Malangnya, rumah tersebut tidak dapat menerima penghuni baharu buat ketika itu.

Jadi, terpaksalah Amsyar berpindah-randah ke rumah ahli keluarga yang membencinya dan hidup dengan penuh tekanan. Amsyar juga pernah jatuh sakit dan pengsan akibat tidak tahan dengan penderaan yang diharunginya. Apakah yang terjadi kepada Amsyar selepas ini? Bilakah kisah sedihnya akan berakhir?

Drama Amsyar Lakonan Ben Laden – Full Episod
EPISOD 01 EPISOD 02 EPISOD 03 EPISOD 04
EPISOD 05 EPISOD 06 EPISOD 07 EPISOD 08
EPISOD 09 EPISOD 10 EPISOD 11 EPISOD 12
EPISOD 13 EPISOD 14 EPISOD 15 EPISOD 16
EPISOD 17 EPISOD 18 EPISOD 19 EPISOD 20

Membariskan pelakon seperti Ben Ladin, Redza Rosli, Elly Mazlein, Nafiz Muaz, Hairi Safwan, Faralyna Idris dan ramai lagi.

Drama arahan Murali Abdullah itu akan bersiaran mulai 27 Oktober 2016, setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di slot Azalea TV9 dan akan diulang tayang di TV3.

Nantikan drama Amsyar yang bersiaran 20 episod bermula pada 27 Oktober ini setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di TV9.

KOMEN ANDA: