Drama Awak Sangat Nakal – Full Episod, drama lakonan Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat sebagai Johan dan Erine, sebagai hero dan heroin. Drama diadaptasi dari novel karya Syamnuriezmil terbitan October. Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.

Drama Awak Sangat Nakal – Full Episod

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh.

Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

EPISOD 01 EPISOD 02 EPISOD 03 EPISOD 04
EPISOD 05 EPISOD 06 EPISOD 07 EPISOD 08
EPISOD 09 EPISOD 10 EPISOD 11 EPISOD 12
EPISOD 13 EPISOD 14 EPISOD 15 EPISOD 16

Nantikan kemunculan drama Awak Sangat Nakal yang bakal bersiaran pada 7 November ini di saluran Astro Ria, 104 dan 123 HD.

JUDUL : AWAK SANGAT NAKAL!
EPISOD : 16 Episod
TARIKH TAYANGAN : 7 November 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil
SKRIP : Shida Zali
PENGARAH : Azmi Hatta
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Ayda Jebat, Sharnaaz Ahmad, Afiq Muiz, Ika Nabella, Hefny Sahad, Aleza Shadan, Rahim Jailani, Tash Yong, Fadilah Mansor, Farouk Hussain, Ku Faridah, GBob, Henzi Andalas, Erry Putra, Syaffiq Sahli

WATAK PELAKON
Ayda Jebat sebagai Erine Johanna
Sharnaaz Ahmad sebagai Johan Rizqin
Afiq Muiz sebagai Ustaz Hafsham
Ika Nabella sebagai Ustazah Ain Humaira
Hefny Sahad sebagai Tuan Haji Habib
Tash Yong sebagai Sue
Fadilah Mansor sebagai Mak Munah
Farouk Hussain sebagai Pak Mat
Syaffiq Sahli sebagai Cikgu Johan Ariff

KOMEN ANDA: