Drama Mr Donat Karamel – Episod 2 mengisahkan mengenai Anggun Qhairah (Azira Shafinaz), seorang novelis yang banyak menghabiskan masa untuk mencari ilham di sebuah kafe sambil menikmati makanan kegemarannya, Donat Karamel. Di kafe itu dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya.

Drama Mr Donat Karamel – Episod 2

Suatu hari, terjadi satu kemalangan yang menemukan Anggun dengan seorang jejaka bernama Faiq Faiqal (Hafidz Roshdi), seorang CEO muda. Lebih malang lagi, cermin mata dan komputer yang mengandungi segala hasil kerjanya rosak gara-gara Faiq. Anggun yang rabun, tidak dapat melihat dengan jelas siapa lelaki yang telah melanggarnya.

Faiq merasa bersalah dan cuba menggantikan menggantikan barang-barang milik Anggun yang telah rosak. Ekoran daripada insiden itu juga hati Faiq telah tertawan dengan Anggun. Faiq mula gila bayang dan cuba untuk mendekatkan dirinya dengan Anggun.

Daripada seorang CEO, Faiq sanggup menukar identitinya menjadi Rafiqi. Atas bantuan adik angkat Anggun iaitu Kamil, Faiq berjaya bekerja sebagai pelayan pada hujung minggu di kafe kegemaran Anggun. Apabila mendapat tahu Anggun merupakan seorang novelis, Faiq sanggup membeli kesemua novel nukilan Anggun kononnya dia adalah peminat setia Anggun.

Anggun pula merasa senang berkawan dengan Rafiqi selain teruja mengetahui novelnya turut diminati oleh kaum lelaki. Dalam masa yang sama, Anggun rimas diganggu Zhariff (Idris Khan) yang juga menagih cintanya sejak mereka bersekolah lagi.

Zhariff sering mendesak dan apabila dia mengatakan ingin menghantar rombongan meminang Anggun mula risau. Anggun telah meluahkan segalanya kepada Faiq. Faiq yang takut Anggun terlepas ke tangan orang lain terus meminta ibu-bapanya meminang Anggun. Walaupun terkejut, Anggun menerima pinangan Faiq kerana dia tidak mahu berkahwin dengan Zhariff.

Namun, identiti Faiq terbongkar di saat akhir persiapan perkahwinan mereka iaitu apabila ingin mengisi borang pernikahan. Anggun kecewa bila mengetahui Faiq telah menipunya selama ini. Dia merasakan Faiq tidak ikhlas apabila Faiq tidak jujur dan menipunya selama ini.

Untuk membatalkan perkahwinan di saat akhir adalah mustahil. Anggun juga tidak mahu memalukan ibu bapanya dan akhirnya perkahwinan mereka diteruskan juga. Pelbagai cara dilakukan Faiq untuk kembali menawan hati Anggun, berjayakah dia?

Lakonan Hafidz Roshdi, Azira Shafinaz, Syazuwan Hassan, Shamsul Ghau Ghau dan ramai lagi. Terbitan JS Pictures, skrip Rehal Nuharis dan diarahkan oleh Azman Yahya @Jinggo.

Ikuti nanti perjalanan drama Mr Donat Karamel yang diadaptasi dari novel asal karya Hanny Esandra di Slot Lestary TV3.

Episod Lain: Klik Sini

KOMEN ANDA: