Drama Nahu Rindu Episod 3 mengisahkan bagaimana segalanya berubah apabila Kasyaf meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk ke perkahwinannya bersama Nazira. Ibu Kasyaf yang cacat penglihatan tidak tahu bahawa Kasyaf telah pun meninggal dunia. Suatu hari, Nazira bertembung dengan Fateh yang seiras Kasyaf. Dia mula jatuh hati tapi Fateh telah pun berumah tangga.

Drama Nahu Rindu – Episod 3 (HD)

Drama yang bakal ditayangkan di Slot Zehra dalam bulan November tahun ini. Drama arahan Eoon Suhaimi dan hasil terbitan Country & Universal Sdn Bhd. Dibintangi oleh Aeril Zafrel, Ummi Nazeera, Syazwan Zulkifly, Shuhanty, Syazwan Hassan dan ramai lagi.

Lagu tema OST dipilih daripada kumpulan Drama Band - Mencinta Kamu.

Jangan lupa saksikan nanti drama Nahu Rindu yang bercorak islamik ini di slot Zehra, setiap Khamis dan Jumaat jam 9 malam di Saluran 103, TV3.

Episod Lain: Klik Sini

KOMEN ANDA: