Drama Tentang Hati 2, sikuel dari episod musim pertama, bersiaran 3 hari setiap Selasa hingga Khamis jam 9 malam di TV2. Sinopsis ringkas, kesinambungan drama berkisar tentang watak Zakuan yang berkahwin dengan Azeya secara rahsia kemudian dikahwinkan pula oleh keluarganya dengan Shireen.

Drama Tentang Hati 2 Lakonan Aaron Aziz, Fasha Sandha

Meskipun sukar Azeya terpaksa menerima keputusan suami dan keluarga mentuanya itu. Namun ternyata janjinya mahu bertindak adil kepada Azeya hanya sia-sia dan tidak dikotakan.Drama ini mengisahkan tentang liku-liku perjalanan hidup yang dilalui oleh seorang wanita bernama Puteri Nur Umairah Dato Amir. Puteri sulung kepada seorang jutawan dan usahawan terkenal iaitu Dato’ Amir yang juga pemilik syarikat perkapalan terkemuka negara, Garuda Global.

Ibunya Datin Sumaiyyah meninggal dunia ketika melahirkan adiknya, Puteri Nur Sabrina. Umairah dan Sabrina dibesarkan oleh papa mereka, Dato’ Amir dan pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Tokma.

Perlakuan dan sifat Umairah dan Sabrina ketara berbeza. Umairah gadis yang lemah lembut dan bersopan santun serta penyabar. Manakala Sabrina pula kasar perlakuannya, suka memberontak dan lebih agresif. Namun dia sangat rapat dan sayangkan kakaknya.


EPISOD 01 EPISOD 02 EPISOD 03 EPISOD 04
EPISOD 05 EPISOD 06 EPISOD 07 EPISOD 08
EPISOD 09 EPISOD 10 EPISOD 11 EPISOD 12
EPISOD 13 EPISOD 14 EPISOD 15 -

Umairah sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai ujian. Bagaimana dia mencari kebenaran diatas apa yang terjadi pada adiknya Puteri Nur Sabrina. Bagaimana dia bangkit dari kekecewaan apabila melihat cinta hatinya Adam berkahwin dengan orang lain. Malah dirinya sendiri telah dijodohkan dengan orang kepercayaan ayahnya iaitu Shahrizal. Siapakah Shahrizal ni sebenarnya?

Bersiaran sebanyak 15 episod, pelakon lain yang membintangi drama Umairah seperti Shah Iskandar, Rahim Jailani, Dilla Ahmad, Shiqin kamal, Shah Sulaiman, Octovia Manrose, Kodi Rasheed, Baby Sofea dan ramai lagi.

KOMEN ANDA: