Drama Umairah mengisahkan tentang liku-liku perjalanan hidup yang dilalui oleh seorang wanita bernama Puteri Nur Umairah Dato Amir. Puteri sulung kepada seorang jutawan dan usahawan terkenal iaitu Dato’ Amir yang juga pemilik syarikat perkapalan terkemuka negara, Garuda Global.


Ibunya Datin Sumaiyyah meninggal dunia ketika melahirkan adiknya, Puteri Nur Sabrina. Umairah dan Sabrina dibesarkan oleh papa mereka, Dato’ Amir dan pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Tokma.

Perlakuan dan sifat Umairah dan Sabrina ketara berbeza. Umairah gadis yang lemah lembut dan bersopan santun serta penyabar. Manakala Sabrina pula kasar perlakuannya, suka memberontak dan lebih agresif. Namun dia sangat rapat dan sayangkan kakaknya.

Umairah sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai ujian. Bagaimana dia mencari kebenaran diatas apa yang terjadi pada adiknya Puteri Nur Sabrina. Bagaimana dia bangkit dari kekecewaan apabila melihat cinta hatinya Adam berkahwin dengan orang lain. Malah dirinya sendiri telah dijodohkan dengan orang kepercayaan ayahnya iaitu Shahrizal. Siapakah Shahrizal ni sebenarnya?

Bersiaran sebanyak 15 episod, pelakon lain yang membintangi drama Umairah seperti Shah Iskandar, Rahim Jailani, Dilla Ahmad, Shiqin kamal, Shah Sulaiman, Octovia Manrose, Kodi Rasheed, Baby Sofea dan ramai lagi.


EPISOD 01 EPISOD 02 EPISOD 03 EPISOD 04
EPISOD 05 EPISOD 06 EPISOD 07 EPISOD 08
EPISOD 09 EPISOD 10 EPISOD 11 EPISOD 12
EPISOD 13 EPISOD 14 EPISOD 15 -

Drama Umairah akan bersiaran di slot Samarinda TV3, mula bersiaran pada 25 Oktober. Pelakon Lufya Omar dan Amar Ashraf dipilih sebagai pelakon utama. Drama diterbitan oleh Layar Ceritera Sdn Bhd, diarahkan Along Kamaludin dan nukilan skrip Eja Lorena.



KOMEN ANDA: